Ada Benda Nak Tanya? (FAQ)

The Bikers Ranger (TBR)

Apa itu The Bikers Ranger (TBR)?
TBR ialah platform komuniti untuk geng dua roda seluruh Malaysia! Dari aktiviti, konvoi, port lepak sampai ke cerita dunia permotoran, semua kita kasi layan.
Siapa boleh join TBR?
Tak kisah kapcai, skuter atau big bike, semua geng dua roda dialu-alukan! Penyertaan tertakluk kepada syarat keahlian dan aktiviti yang berkenaan.
Apa aktiviti yang TBR buat?
Macam-macam, geng! Dari konvoi, gathering, aktiviti komuniti sampai ke program khas untuk riders. Cekidout bahagian "Aktiviti" untuk info terkini!
Apa itu TBR Pit Stop?
Pit Stop ialah tempat port pilihan geng rider, termasuk bengkel, kedai aksesori, markas rider, tempat makan dan spot menarik yang boleh singgah sepanjang perjalanan.
Apa itu Biker Hero Hall of Fame?
Ruang khas untuk kita angkat dan kenalkan Mat Lejen yang banyak berjasa, memberi inspirasi atau membawa perubahan positif kepada komuniti dua roda.
Macam mana nak join peraduan TBR?
Pergi ke bahagian "Peraduan", pilih peraduan yang sedang berlangsung dan ikut langkah penyertaan yang dinyatakan. Cuba nasib, mana tahu rezeki korang!
Boleh cadangkan aktiviti untuk TBR?
Mestilah boleh! Ada idea konvoi, gathering atau aktiviti lain? Kasi cadangan melalui ruangan maklum balas di website. Kita nak dengar suara geng rider!
Ada soalan lain atau nak bekerjasama dengan TBR?
Nak tanya sesuatu, cadang aktiviti atau bincang peluang kolaborasi? Hubungi team TBR melalui saluran rasmi yang disediakan di website.
Macam mana nak jadi ahli TBR?
Senang je, geng! Klik "Daftar Ahli", isi maklumat yang diperlukan dan hantar borang pendaftaran. Dah siap, welcome to the geng!
Ada bayaran untuk jadi ahli TBR?
Tiada sebarang yuran keahlian! Bayaran bagi aktiviti tertentu juga akan dinyatakan sebelum penyertaan.
Macam mana nak join aktiviti atau konvoi?
Cekidout aktiviti yang disenaraikan dan ikut arahan pendaftaran. Kalau slot dah dibuka, kasi daftar awal sebelum penuh!
Ada port best nak recommend. Macam mana?
Ada port padu yang geng rider wajib tahu? Klik "Kabo Port Korang!" dan share lokasi serta maklumat port tersebut. Mana tahu, masuk senarai TBR nanti!
Macam mana nak calonkan Biker Hero?
Kenal otai, kepala geng atau mekanik lejen yang patut diketengahkan? Klik "Calonkan Biker Hero", isi maklumat dan kabo kat TBR kenapa dia layak diangkat!
Kat mana nak cek pemenang peraduan?
Cekidout bahagian "Pemenang" atau ikuti media sosial rasmi TBR untuk pengumuman terkini.
Macam mana nak dapat update terkini TBR?
Jangan lupa follow The Bikers Ranger di Facebook, Instagram, TikTok dan Threads. Follow juga Raja Kapcai di Facebook, Instagram dan Threads.
Nama Event:
Tarikh:
Masa:
Lokasi:
Daftar Pitstop Event Sekarang!
Kembali ke atas